Subscribe RSS




Pihak Jawatankuasa pembinaan PASTI AL-Busyra masih mengharapkan sumbangan bagi menyiapkan bangunan ini sepenuhnya sebelum bermula sesi pembelajaran tahun depan.
Juga diucapkan jazakumullah khairan kepada pihak yang telah banyak membantu sebelum ini.

Category: | 0 Comments


Bermula
Pukul 11 pagi - habis makanan

Semua Muslimin Muslimat di jemput hadir

Category: | 0 Comments

Assalamualaikum.. pada 4 jun 2010 yang lepas, satu program ramah mesra ibubapa dan guru Pasti Al-busyra telah berlangsung. Bermula jam 3.00 petang hingga jam 5.30 petang, dan bertempat di Surau Seri Wangi, kg pengadang baru.















Antara ibu-ibu yang hadir

Antara aktiviti yang berlangsung ialah, taklimat dari pengurus Pasti, tayangan montaj untuk kutipan sumbangan bagi pembinaan bangunan baru Pasti Al-Busyra, Ceramah Motivasi oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi bin Yusof dan sesi ibubapa bersama guru untuk tandatangan buku laporan prestasi pelajar.















Bapa-bapa sedang khusyuk mendengar ceramah dari Al-Fadhil Ustaz















Ceramah disampaikan penuh bersemangat














Pengurus Pasti dan pengerusi majlis, khusyuk mendengar ceramah

Di akhir program, ibubapa, guru-guru dan jemputan, dihidangkan nasi dagang untuk menjamu selera.















Ini nasi dagangnya.















Ni pula, kuah ikan tongkol

Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah, terima kasih kepada petugas2, guru-guru dan ibubapa yang hadir.

Category: | 0 Comments

Selepas menumpang di bangunan Pusat Khidmat Masyarakat PAS Dun Alor Limbat selama 10 tahun,pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa Pasti Al-Busyra telah merangka untuk membina sebuah bangunan bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar dan guru.

Pembinaan bangunan ini merupakan satu keperluan yang mendesak,memandangkan pelbagai masalah yang timbul apabila menumpang bangunan yang dibina untuk kegunaan lain.Masalah yang ketara ialah,tempat pembelajaran yang tidak kondusif untuk para pelajar.Keluasan bangunan tidak dapat menampung kapasiti para pelajar sekarang yang seramai 100 orang.Bilik mesyuarat terpaksa dijadikan kelas,ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan lain yang tidak mencukupi seperti jumlah tandas yang sedikit,tangga yang tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Permasalahan terus dirasakan apabila mendapat aduan daripada pihak pengurusan pusat khidmat sendiri.Diantaranya,masalah pembayaran bil eletrik dan air serta keadaan bangunan yang tidak baik apabila kemudahan-kemudahan pusat khidmat itu digunakan oleh para pelajar.

Berdasarkan kepada sambutan masyarakat setempat yang begitu berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti Al-Busyra dan jumlah pelajar meningkat dari tahun ke tahun,jawatankuasa pasti telah meletakkan sasaran untuk menyiapkan bangunan baru dalam masa 1 tahun.Tetapi kejayaan ini bergantung kepada jumlah wang yang diterima daripada sumbangan dan derma.

Pengurus
Us Mohd Kori Bin Salleh

Tim. Pengurus I
Hj Razaki

Tim. Pengurus II
Cg Norian

Setiausaha

Ahmad Syukri Bin Baharudin

Bendahari
Mohd Aza Bin Puteh

Ahli Jawatankuasa
Cg Hanapi

Us Faisal Mizan Bin Ambak
(Penyelaras Pasti DUN)

Abdul Hakim B. Baharudin



Category: | 0 Comments

Pasti Al-Busyra Kg Pengadang Baru telah ditubuhkan pada tahun 2000

Category: | 0 Comments