Assalamualaikum.. pada 4 jun 2010 yang lepas, satu program ramah mesra ibubapa dan guru Pasti Al-busyra telah berlangsung. Bermula jam 3.00 petang hingga jam 5.30 petang, dan bertempat di Surau Seri Wangi, kg pengadang baru.















Antara ibu-ibu yang hadir

Antara aktiviti yang berlangsung ialah, taklimat dari pengurus Pasti, tayangan montaj untuk kutipan sumbangan bagi pembinaan bangunan baru Pasti Al-Busyra, Ceramah Motivasi oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi bin Yusof dan sesi ibubapa bersama guru untuk tandatangan buku laporan prestasi pelajar.















Bapa-bapa sedang khusyuk mendengar ceramah dari Al-Fadhil Ustaz















Ceramah disampaikan penuh bersemangat














Pengurus Pasti dan pengerusi majlis, khusyuk mendengar ceramah

Di akhir program, ibubapa, guru-guru dan jemputan, dihidangkan nasi dagang untuk menjamu selera.















Ini nasi dagangnya.















Ni pula, kuah ikan tongkol

Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah, terima kasih kepada petugas2, guru-guru dan ibubapa yang hadir.

Category: | 0 Comments

0 comments to “Ramah mesra ibubapa dan guru Pasti Al-Busyra”