Selepas menumpang di bangunan Pusat Khidmat Masyarakat PAS Dun Alor Limbat selama 10 tahun,pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa Pasti Al-Busyra telah merangka untuk membina sebuah bangunan bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar dan guru.

Pembinaan bangunan ini merupakan satu keperluan yang mendesak,memandangkan pelbagai masalah yang timbul apabila menumpang bangunan yang dibina untuk kegunaan lain.Masalah yang ketara ialah,tempat pembelajaran yang tidak kondusif untuk para pelajar.Keluasan bangunan tidak dapat menampung kapasiti para pelajar sekarang yang seramai 100 orang.Bilik mesyuarat terpaksa dijadikan kelas,ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan lain yang tidak mencukupi seperti jumlah tandas yang sedikit,tangga yang tidak sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Permasalahan terus dirasakan apabila mendapat aduan daripada pihak pengurusan pusat khidmat sendiri.Diantaranya,masalah pembayaran bil eletrik dan air serta keadaan bangunan yang tidak baik apabila kemudahan-kemudahan pusat khidmat itu digunakan oleh para pelajar.

Berdasarkan kepada sambutan masyarakat setempat yang begitu berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti Al-Busyra dan jumlah pelajar meningkat dari tahun ke tahun,jawatankuasa pasti telah meletakkan sasaran untuk menyiapkan bangunan baru dalam masa 1 tahun.Tetapi kejayaan ini bergantung kepada jumlah wang yang diterima daripada sumbangan dan derma.

0 comments to “Cadangan Pembinaan Bangunan Baru”